click me

Friday, August 24, 2007

Perhimpunan Pertahankan Kemerdekaan Ahad 26/8/07

Tahun ini adalah sambutan 50 tahun Merdeka untuk Tanah Melayu dan 44 tahun untuk Sabah dan Sarawak. Dalam suasana kemerdekaan ini diraikan, kerajaan Malaysia dengan senyap-senyap cuba mengadaikan kemrdekaan ini kepada kerajaan dan korporat Amerika dengan menandatangani FTA @ Perjanjian Perdagangan bebas dengan kerajaan Amerika.

Seperti yang kita semua sedia maklum, FTA adalah senjata yang digunakan oleh Amerika untuk menjajah ekonomi sebuah negara.


Maka demi membantah FTA US-Malaysia ini dan memberi amaran kepada kerajaan Malaysia supaya jangan mengadaikan kemerdekaan ini, satu perhimpunan akan dianjurkan oleh Gabungan Rakyat Membantah FTA US-MAlaysia.


Butir-butir program adalah seperti berikut :
Tarikh : 26/08/2007 ( Ahad)
Masa : 10.30 pagi
Tempat: 10.30 berkumpul di Dataran Merdeka dan berjalan ( rally) ke Jalan Tunku Abdul Rahman{ Jln TAR} ( program dijalankan di Jalan TAR)


Bawa banner, playcard dan juga rakan anda untuk membantah FTA dan melindungi hak kita sebagai rakyat Malaysia. Jngan biarkan kerajaan ini mengadaikan hak kita kepada korporat Amerika.

Thursday, August 23, 2007

Perhimpunan Pertahankan Kemerdekaan - Ahad ini

PERHIMPUNAN PERTAHANKAN KEMERDEKAAN!

Tarikh: 26 Ogos 2007
Masa: 10.30 pagi
Tempat berkumpul: Dataran Merdeka, KL.


Posting ini juga terdapat di blogspot, wordpress dan blogsome - sementara menunggu masalah teknikal di www.arifabdull.com dapat diatasi.

Kutipan Derma Kesatuan Pekerja?

Sejak beberapa tahun yang lepas, sekitar bulan Julai dan Ogos mereka datang ke premis-premis perniagaan untuk mengutip derma yang kononnya akan digunakan untuk kegiatan kesatuan pekerja badan-badan tertentu.

Antaranya, mereka akan memperkenalkan diri mewakili kesatuan pekerja Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan sebagainya untuk mengelirukan anda. Dan, yang terbaru mereka sedang membuat kutipan dengan mendakwa untuk membiayai program kesatuan sempena sambutan 50 tahun Merdeka - Hari Kebangsaan!

Sejam yang lalu, saya didatangi oleh seorang yang menjalankan kegiatan ini dan ternyata individu ini gagal dalam modus operandinya terhadap saya.


Awas! Anda mungkin akan ditipu...

Inikah perjuangan pekerja yang diperjuangkan KPPDBKL?

Agenda Pekerja atau kepentingan majikan dan DBKL?Hak siapa yang diperjuangkan?


Apa perlu dilakukan?

  1. Bertegas dan minta mereka tunjukkan bukti pengenalan diri (ID), sijil pendaftaran pertubuhan dan bukti-bukti kewujudan kesatuan tersebut (buat panggilan pengesahan ke nombor telefon yang terdapat pada ID dan dokumen yang ditunjukkan, dan mesti buat salinan semua dokumen ini - sebagai bukti jika anda perlu mengambil tindakan lanjut);
  2. Persoalkan kewujudan dan aktiviti kesatuan yang benar-benar menyumbang kepada kepentingan pekerja yang mereka wakili (selalunya mereka akan tunjukkan majalah terbitan kesatuan, sila tanya apakah kesatuan itu hanya terbit majalah untuk perjuangkan hak pekerja?);
  3. Berdasarkan langkah 1 dan 2 seperti di atas, harap anda mampu untuk mengenalpasti samada individu yang mendatangi anda itu adalah palsu atau benar;
  4. Walau dalam keadaan apapun, anda berhak untuk tidak memberi kerjasama dan 'menolak untuk menderma' - DERMA adalah satu tindakan sukarela, tidak ada sesiapa dapat memaksa anda supaya menderma dan sebaliknya;
  5. Jika anda dipaksa, sila buat laporan polis;
  6. Sila dapatkan perhatian media seperti TheSun dan Malaysiakini atau tulis tentangnya di dalam blog supaya kegiatan seumpama dapat dihentikan.
Kesatuan pekerja sebenar seperti MTUC tetap kuat mempertahankan hak pekerja walaupun tanpa menghantar pengutip derma ke merata tempat.


P
osting ini juga terdapat di blogspot, wordpress dan blogsome - sementara menunggu masalah teknikal di www.arifabdull.com dapat diatasi.

Saturday, August 18, 2007

Bila ahli politik jahat itu nak minta maaf?

Isu minta maaf dah jadi sangat penting kepada para pemimpin Barisan Nasional (BN) terutamanya di kalangan United Malay National Organisation (UMNO) setelah Namewee dikatakan memohon maaf melalui pemimpin MCA.

Malaysiakini melaporkan semalam bahawa kabinet telah menolak permohonan maaf itu.

Sejak bila para pemimpin yang sering menyakiti hati rakyat akibat perbuatan mereka selama ini, tiba-tiba berubah dan tahu perkataan minta maaf. Sepanjang sejarah politik negara ini, berapa kali di kalangan mereka ini secara terbuka meminta maaf kepada rakyat? Padahal kita semua tahu kejahatan mereka ini; rasuah, menipu, menang pilihanraya secara menipu, menghina dan memperbodohkan minda rakyat dan banyak lagi.

Secara terang pula pemuda paling bertuah yang menggelar penulis blog sebagai monyet berkata dia tidak akan memohon maaf. Eksen ko yer? Mentang-mentang bapak mentua ko PM!

Pengajaran terbaik dalam episod Negarakuku: Permohonan maaf rakyat hanya akan dipergunakan untuk keuntungan ahli politik yang tamak ini. Minta maaf bagi mereka hanya menunjukkan anda benar-benar bersalah, sedangkan bagi kita maaf tidak semestinya kerana kesalahan semata-mata.

Hak asasi kita dilawan oleh mereka dengan menggunakan undang-undang! Jangan sampai suatu masa nanti rakyat dah tak pedulikan undang-undang buatan tangan ahli politik jahat, sudahLAH!

Siapa mereka ini?

Reaksi Si Bocor


Bosan dengan UMNO/BN? Mari kita dengar muzik.

Ini khas untuk sesiapa yang berjiwa muda saja - sebab di kalangan kumpulan muzik anak muda ini ada yang cukup prihatin terhadap penipuan pemimpim ke atas rakyat selama ini

sapusapu24thaugust1.jpg