Jemput ke majlis hari jadi aku malam ini
Menurut kalendar orang Cina, malam ini adalah hari jadi aku. Memandangkan mak aku adalah orang Cina, maka separuh daripadaku adalah berketurunan Cina. Sebab itu aku nak sambut hari jadi aku pada malam ini dan aku menjemput semua rakyat Malaysia sama-sama datang ke majlis hari jadi aku pada malam ini, bertempat di:-
Tempat : Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur.
Masa : 8 malam
Secara kebetulan ada satu acara anjuran sebuah parti politik di tempat yang sama. Menurut laporan Malaysiakini, bahawa perhimpunan tersebut akan tetap berjalan di Kampung Baru. Kebetulan pula, Raja Petra Kamaruddin yang terkenal itu akan meraikan hari ulangtahun perkahwinannya dengan Puan Marina, juga di tempat yang sama. Jadi senanglah sikit, boleh jalan sekali harung dan anda semua ada alasan lain untuk ke sana. :P
Klik pada image di bawah, untuk peta lokasi
p/s: acara hari jadi orang Cina tak ada kek dan lilin, tau!